Bahan yang diperlukan Seni khat Cina

Kelengkapan untuk menulis khat Cina.

Terdapat empat bahan penting yang diperlukan dalam seni khat ini iaitu:

  • kertas (紙, zhǐ) - sebarang kertas moden boleh dipakai, namun ada sesetengah penggiat yang lebih memilih kertas khusus (seperti kertas jenis Xuan dihasilkan daripada pokok-pokok elm Anhui). Kertas adakalanya perlu diletakkan bersama pemberat dan suatu lapik baldu khas (畫氈, huàzhān).
  • dakwat (墨, mò) - jelaga dicampurkan dengan bahan melekit sebagai bahan pengikat sebelum dikumpulkan dalam bentuk ketulan atau batang kecil.
  • batu dakwat (硯, yàn) - sejenis batu berupa lesung untuk mengisar kepingan dakwat kering ini menjadi bentuk serbuk yang boleh dilarutkan dengan air sebelum digunakan.
  • berus dakwat (筆, bǐ) - berus khusus untuk menyerap dakwat tulis yang dicairkan. Badan lazim diperbuat daripada buluh sementara bulunya diperbuat daripada bulu kambing atau arnab.

Keempat-empat barang ini sekaligus diberi jolokan wén fáng sì bǎo (文房四宝) yang bermaksud "Empat Permata Bilik Darjah".

Pena moden juga digunakan untuk melatih menulis aksara Cina.

Rujukan

WikiPedia: Seni khat Cina http://www.art-virtue.com/history/index.htm http://www.beyondcalligraphy.com/chinese_calligrap... http://www.chinaonlinemuseum.com/calligraphy.php http://www.chine-culture.com/en/chinese-calligraph... http://www.chine-culture.com/en/chinese-calligraph... http://www.chine-culture.com/en/chinese-calligraph... http://www.chine-culture.com/id/kaligrafi-cina.php http://www.edepot.com/taocalig.html http://www.mildchina.com/shanghai-travel-deals/chi... http://www.obfuchai.com/pages/review-chinese-calli...